Sunday, November 21, 2010

TELEFON

TELEFONI DIGITAL
      Digital Telefoni telah mula diterima pengguna setelah sistem litar analog telah menggantikan dengan litar digital. Teknologi transmisi digital yang telah jauh berkembang telah menjadikan ia tidak mustahil untuk menggabungkan pelbagai litar digital dalam satu medium transmisi(dikenali sebagai multiplex). Ketika penghujung instrumen kekal analog, isyarat-isyarat analog yang sampai ke titik agregat (Serving Area Interface (SAI) atau Central Office (CO) kemudian ditukarkan ke isyarat digital.Kemudiannya, Pembawa Gelung Digital (DLC) membawa beberapa talian analog telefon ke CO,dengan menggunakan wayar kuprum dan sekarang telah menggunakan gentian optik. CO dihubungkan dengan menggunakn pembawa SONET.


TELEFON TANPA WAYAR
Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wireless. Selalunya sistem wireless untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.
Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.

 

Fail:CordlessUniden-large.jpg


No comments:

Post a Comment