TELEFON
PENGENALAN
Terdapat empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi;wireless dan telefon radio, yang menggunakan samaada isyarat radio analog atau digital; telefon satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet (VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar.
Antara pengguna akhir, pemancar antara jaringan boleh dilakukan melalui kabel gentian optik, titik ke titik microwave atau relay satelit.
Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga telefon bimbit adalah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian tetap. tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap.
Identiti pencipta telefon elektrik masih lagi menjadi tanda tanya dan kontroversi. Antonio Meucci,Philip Reis, dan Alexander Graham Bell, semuanya telah diiktiraf sebagai penciptanya.
No comments:
Post a Comment