Tuesday, November 9, 2010

Pengenalan Warna Kabel

arini belajar bagaimana nak kenal & ingat warna kabel...
mula2 masuk kelas macam boring juga....
yer laaa macam masuk belajar tadika plak... nak kenal warna... huhuuu
tapi bila dah mula memang rasa seronok.... tambah2 bila pengajar bagi cara nak ingat...
memang melekat terus dalam kepala pasal warna kod kabel ni...


~Biar Orang Hargai Cinta Kita~

ayat pertama yang diajar dan mudah untuk mengingat...
hehehehe dah mula syok sikit ngan kelas ni.. 
nak tahu x maksud perkataan ~Biar Orang Hargai Cinta Kita~

Biar      ~   Biru
Orang   ~   Oren/Jingga
Hargai  ~    Hijau
Cinta    ~    Coklat
Kita     ~    Kelabu

inilah kod warna kable telefon....
kalau nak ingat setiap warna kabel memang x ingatla....
ada kabel 10 pairs, 20 pairs, 50 pairs, 100 pairs...
sapa la yang rajin nak ingat semua ni....
thanks kepada pengajar yang sudi berkongsi maklumat....

sebagai contohlaaa untuk kabel 20 pairs....
akan terdapat binder iaitu untuk memisahkan 10 pair pertama dan 10 pair yang kedua...
pair pertama: binder warna biru 
1. putih biru
2. putih oren
3. putih hijau
4. putih coklat
5. putih kelabu

pair kedua : binder warna oren
6. merah biru
7. merah oren
8. merah hijau
9. merah coklat
10. merah kelabu

jom kita tengok gambar pair tersebut....


semoga nota ini dapat dikongsi bersama........


1 comment: