Dalam sistem gentian optik, ia membawa isyarat dalam bentuk pancaran cahaya.Gentian ini sesuai digunakan bagi penghantaran pada jarak jauh. Gentian ini mempunyai kehilangan kuasa yang kurang. Terdapat tiga elemen utama dalam sistem komunikasi gentian optic iaitu sumber cahaya (pemancar), gentian optic dan pengesan cahaya(penerima).
Maklumat seperti suara, gambar atau data perlu ditukar dalam bentuk penukar analog ke penukar digital. Bagi penghantaran jarak yang dekat adalah dengan menggunakan LED dan pada jarak yang jauh menggunakan solid state laser. LED dan solid state laser digunakan bagi menukarkan data atau isyarat isyarat analog kepada bentuk cahaya.
Pada penerima, peranti kepekaan cahaya seperti photocell atau pengesan cahaya digunakan bagi mengesan cahaya dan ditukarkan ke isyarat elektrik. Isyarat elektrik tersebut akan dikuatkan dan ditukarkan kebentuk digital oleh shaper. Penyahkod akan menukarkan isyarat digital kebentuk analog bagi mendapat isyarat yang sebenar. Bagi penghantaran yang jauh unit,unit pengulang perlu digunakan. Sistem perhubungan gentian optic digunakan dalam penyambungan komputer pada satu bangunan yang besar, kapal terbang dan juga kapal.
No comments:
Post a Comment