Sunday, November 21, 2010

TELEFON

TELEFONI DIGITAL
      Digital Telefoni telah mula diterima pengguna setelah sistem litar analog telah menggantikan dengan litar digital. Teknologi transmisi digital yang telah jauh berkembang telah menjadikan ia tidak mustahil untuk menggabungkan pelbagai litar digital dalam satu medium transmisi(dikenali sebagai multiplex). Ketika penghujung instrumen kekal analog, isyarat-isyarat analog yang sampai ke titik agregat (Serving Area Interface (SAI) atau Central Office (CO) kemudian ditukarkan ke isyarat digital.Kemudiannya, Pembawa Gelung Digital (DLC) membawa beberapa talian analog telefon ke CO,dengan menggunakan wayar kuprum dan sekarang telah menggunakan gentian optik. CO dihubungkan dengan menggunakn pembawa SONET.


TELEFON TANPA WAYAR
Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wireless. Selalunya sistem wireless untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.
Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.

 

Fail:CordlessUniden-large.jpg


Pengenalan Telefon

TELEFON

PENGENALAN

Terdapat empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi;wireless dan telefon radio, yang menggunakan samaada isyarat radio analog atau digital; telefon satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet (VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar.
Antara pengguna akhir, pemancar antara jaringan boleh dilakukan melalui kabel gentian optik, titik ke titik microwave atau relay satelit.
Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga telefon bimbit adalah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian tetap. tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap.
Identiti pencipta telefon elektrik masih lagi menjadi tanda tanya dan kontroversiAntonio Meucci,Philip Reis, dan Alexander Graham Bell, semuanya telah diiktiraf sebagai penciptanya.








Sejarah Ringkas Telefon

Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:

  • 1849 Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.
  • 1854 Charles Bourseul menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.
  • 1854 Meucci mendemonstrasi telefon elektrik di New York.
  • 1860 Johann Philipp Reis
  • 1860 Meucci dijangka (ketika itu) mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island.
  • 1861 Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat Telefon ciptaan Reis.
  • 1871 Meeucci memfailkan satu paten caveat.
  • 1872 Elisha Gray menubuhkan Western Electric Manufactering Company.
  • July 1873 Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.
  • 1874 Gray mendemonstrasi telfon trnsmiter cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.
  • 2 June 1875 Alexander Graham Bell orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.
  • 1 July 1875 Bell pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah (Kedua-dua, transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa).
  • 14 February 1876 Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.
  • 30 January 1877 Bell mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima elektrodinamik.
Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.

Saturday, November 20, 2010

Gelombang Mikro



APA ITU GELOMBANG MIKRO?

Mikrogelombang merupakan isyarat radio yang mempunyai frekuensi tinggi, dihantar menerusi ruang 
angkasa lepas. Isyarat ini dipancarkan dengan jitu dalam penghantaran garisan penglihatan dari satu 
antena ke antena lain. Antena tersebut diletakkan dipuncak bukit, diatas menara atau diatas bangunan 
yang tinggi. Lazimnya jarak antara antena tersebut ialah 25 hingga 50 batu. Penghantaran adalah lebih
 pantas dengan mikrogelombang. Frekuensi bagi gelombang mikro adalah diantara 300MHz- 300GHz.


KEBAIKAN GELOMBANG MIKRO

 Frekuansi lebih tinggi memberikan lebarjalur (BW) yang lebih lebar. Dengan itu banyak maklumat 
dapat dihantar serentak (banyak saluran dapat disediakan)

 Panjang gelombang yang sangat pendek menyababkan antenna mempunyai gandaan yang tinggi 
serta ruang sinaran yang sempit dapat dihasilkan.

 Frekuansi ang tinggi membolehkan antenna yang digunakan bersaiz kecil.

 Proses perambatan lebih baik.

 Berkebolehan menerima penyiaran dengan baik.


SEJARAH GELOMBANG MIKRO

Kewujudan gelombang elektromagnet telah ditemui oleh James Clerk Maxwell pada tahun 1864 melalui persamaan. Tahun 1888, Heinrich Hertz adalah orang pertama yang mendemonstrasikan kewujudan gelombang elektromagnet dengan membina sebuah alat yang menghasilkan dan mengesan gelombang 
mikro di kawasan UHF. Pada tahun 1894,JC Bose menunjukkan radio kawalan awam loceng 
menggunakan gelombang milimeter, dan melakukan kajian ke atas propagasi daripada gelombang mikro. 
Pada tahun 1943,Zoltán iaitu jurutera Hungary Bay menghantar gelombang radio ultra-pendek ke bulan, Gelombang radio akan terpantul dari bulan dan berfungsi sebagai radar. Ia boleh digunakan untuk
mengukur jarak, dan juga untuk mempelajari tentang bulan dan fenomenanya. Penggunaan perkataan
ketuhar mula diigunakan pada tahun 1931 secara rasmi buat pertama kalinya.Tetapi penggunaan pertama 
dari perkataan ketuhar dalam konteks astronomi berlaku pada tahun 1946 dalam sebuah artikel 
"Microwave radiasi dari Matahari dan Bulan" oleh Robert Dicke dan Robert Beringer. 



Friday, November 19, 2010

Fiber Optic (Gentian Optik)


REKABENTUK KABEL GENTIAN OPTIK

       Kabel gentian optic merupakan paip cahaya yang digunakan untuk membawa gelombang cahaya. Ia dibina berbentuk seutas kaca atau plastik yang panjang dan halus. Salah satu jenis kaca yang digunakan ialah silica. Kabel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Binaannya menggunakan kaca yang jauh lebih bauk berbanding  plastik. Namun begitu kaca mempunyai kos yang lebih tinggi dan mudah pecah manakala plastik mempunyai kos yang lebih murah dan lebih fleksibel. Bagi penghantaran jarak jauh,gentian kaca lebih diutamakan tetapi untuk penghantaran jarak dekat, gentian plastik lebih praktikal. Rajah dibawah menunjukkan rekabentuk gentian optik.
        Gentian (teras) dikelilingi oleh perlindung. Perlindung juga diperbuat daripada kaca atau plastic tetapi mempunyai indeks biasan yang lebih rendah. Ini juga bertujuan untuk memastikan antara muka yang sesuai dicapai dan gelombang cahaya kekal melalui teras. Selain itu, pelindungan juga bertujuan untuk menambahkan ketahanan teras gentian. Teras gentian kaca dilindungi dengan perlindung kaca dan teras gentian plastic dilindungi dengan perlindung plastic. Kabel ini dipanggil kabel PCS (PLASTIC CLAD SILICA). Pembalut yang digunakan adalah plastic yang berfungsi sebagai penebat luaran.
      Kabel gentian optic mempunyai keratan rentas yang bulat dengan diameter kurang seinci. Sesetengah gentian optic mempunyai saiz dimeter seperti sehelai rambut manusia. Sumber cahaya diletakkan  dihujung gentian dan cahaya dipancarkan melalui gentian dan keluar melalui hujung kabel yang satu lagi. Cara cahaya merambat melalui gentian bergantung kepada hukum optic.

Struktur Binaan Fiber Optik

JENIS-JENIS KABEL GENTIAN OPTIK:


a) Single Mod Step Index ( Mod Tunggal )
b) Multimode Step Index ( Indeks Langkah Pelbagai Mod )
c) Multimode graded Index ( Indeks Gred Pelbagai Mod )





Perambatan Cahaya Dalam Gentian Optik

  • Perambatan cahaya dalam gentian optik adalah berbentuk zig-zag



  • Ini kerana kelajuan cahaya berbeza bila melalui bahan yang mempunyai ketumpatan yang berbeza

Perambatan Cahaya dalam Fiber Optik






Fiber Optic Termination- How to terminate fiber optic cable using Gigane...

Fiber Optic Connector Types

Fiber Optic (Gentian Optik)

PERBEZAAN DENGAN SISTEM KABEL BIASA

Gentian optik digunakan secara meluas disebabkan kelebihannya berbanding dengan sistem perhubungan kabel biasa. Gentian ini bukan sahaja mempunyai kos yanag murah malah ianya menyediakan perkhidmatan yanag tidak terdapat dalam teknologi lain.
Di antara kebaikan gentian optik adalah lebar jalur yang luas, saiz diameter yang kecil dan ringan, terhindar dari gangguan induktif, pemancaran berkualiti tinggi, kos pemasangan dan operasi yang murah, jangka hayat yang lama dan lebih selamat.

Kabel fiber optik






Fiber Optic (Gentian Optik)


PENGENALAN
          Dalam sistem gentian optik, ia membawa isyarat dalam bentuk pancaran cahaya.Gentian ini sesuai digunakan bagi penghantaran pada jarak jauh. Gentian ini mempunyai kehilangan kuasa yang kurang. Terdapat tiga elemen utama dalam sistem komunikasi gentian optic iaitu sumber cahaya (pemancar), gentian optic dan pengesan cahaya(penerima).
          Maklumat seperti suara, gambar atau data perlu ditukar dalam bentuk penukar analog ke penukar digital. Bagi penghantaran jarak yang dekat adalah dengan menggunakan LED dan pada jarak yang jauh menggunakan solid state laser. LED dan solid state laser digunakan bagi menukarkan data atau isyarat isyarat analog kepada bentuk cahaya.
          Pada penerima, peranti kepekaan cahaya seperti photocell atau pengesan cahaya digunakan bagi mengesan cahaya dan ditukarkan ke isyarat elektrik. Isyarat elektrik tersebut akan dikuatkan dan ditukarkan kebentuk digital oleh shaper. Penyahkod akan menukarkan isyarat digital kebentuk analog bagi mendapat isyarat yang sebenar. Bagi penghantaran yang jauh unit,unit pengulang perlu digunakan. Sistem perhubungan gentian optic digunakan dalam penyambungan komputer pada satu bangunan yang besar, kapal terbang dan juga kapal.    

Tuesday, November 9, 2010

Pengenalan Warna Kabel

arini belajar bagaimana nak kenal & ingat warna kabel...
mula2 masuk kelas macam boring juga....
yer laaa macam masuk belajar tadika plak... nak kenal warna... huhuuu
tapi bila dah mula memang rasa seronok.... tambah2 bila pengajar bagi cara nak ingat...
memang melekat terus dalam kepala pasal warna kod kabel ni...


~Biar Orang Hargai Cinta Kita~

ayat pertama yang diajar dan mudah untuk mengingat...
hehehehe dah mula syok sikit ngan kelas ni.. 
nak tahu x maksud perkataan ~Biar Orang Hargai Cinta Kita~

Biar      ~   Biru
Orang   ~   Oren/Jingga
Hargai  ~    Hijau
Cinta    ~    Coklat
Kita     ~    Kelabu

inilah kod warna kable telefon....
kalau nak ingat setiap warna kabel memang x ingatla....
ada kabel 10 pairs, 20 pairs, 50 pairs, 100 pairs...
sapa la yang rajin nak ingat semua ni....
thanks kepada pengajar yang sudi berkongsi maklumat....

sebagai contohlaaa untuk kabel 20 pairs....
akan terdapat binder iaitu untuk memisahkan 10 pair pertama dan 10 pair yang kedua...
pair pertama: binder warna biru 
1. putih biru
2. putih oren
3. putih hijau
4. putih coklat
5. putih kelabu

pair kedua : binder warna oren
6. merah biru
7. merah oren
8. merah hijau
9. merah coklat
10. merah kelabu

jom kita tengok gambar pair tersebut....


semoga nota ini dapat dikongsi bersama........


Monday, November 8, 2010

first time tulis blog... hahahaha

huhuhuhuhu bila ingatkan nak kena bt blog... aku ni jenis yg x suka benda2 yang berkaitan dengan komputer.... tiba2 kena buat untuk task dalam VTO.... ehmmmmm  no idea... but i'll try to make it ......apa2 pun kita belajar dulu.. baru tahu.... so take it as a challenge....